Jika anda membesar sekitar tahun 1990-an, anda pastinya mengenali siri animasi pertama negara ini iaitu Usop Sontorian. Siri animasi tersebut diarahkan oleh Kamn Ismail, yang juga meminjamkan suaranya untuk watak tersebut. Beliau disahkan telah meninggal dunia hari ini.

Beliau meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya akibat serangan jantung. Kamn Ismail atau nama penuhnya Kamaruddin Ismail, juga merupakan pengarah untuk siri animasi Keluang Man yang cukup popular sekitar tahun 1998-2005.

Selepas siri animasi Usop Sontorian & Keluang Man, beliau bergiat dalam syarikat animasinya sendiri iaitu Quest Animation dan juga bergiat dalam Persatuan Animasi Malaysia (Animas) sebagai presiden. 

Al-fatihah.

Sohor Kini