Rojak Daily telah berkongsi di Twitter mengatakan yang Astro Shaw akan hadir dengan filem aksi nyata untuk Keluang Man, iaitu animasi adiwira tempatan yang dikeluarkan dari tahun 1998 hingga 2005 oleh UAS Animation Studios.

Filem tersebut akan diterbitkan oleh Astro Shaw bersama dengna Iconic Animation Studio, Anwari Ashraf iaitu penulis untuk filem-filem seperti Polis Evo 3, Wira, Pusaka dan Paskal juga telah berkongsi di Twitter mengatakan yang beliau akan terlibat dengan filem ini kemungkinan besar sebagai penulis.

Keluang Man adalah siri animasi adiwira komedia yang disiarkan di TV1 bermula pada tahun 1998 dan mempunyai 7 musim dengan 142 episod keseluruhan. Siaran terakhir adalah pada tahun 2005.

Sohor Kini