Techland iaitu pembangun untuk siri permainan Dying Light dan juga pembangun permainan pertama Dead Island telah mengumumkan yang Tencent akan menjadi pemilik majoriti bagi studio tersebut.
Namun, menegaskan yang mereka masih lagi akan memegang sepenuhnya IP, kebebasan kreatif dan juga beroperasi seperti biasa termasuk juga tiada penukaran di dalam pengurusan.
Selain itu, mereka juga mengatakan yang untuk mengembangkan lagi studio ini, termasuk juga membangun permainan yang lebih baik termasuk juga bagi IP Dying Light mereka memerlukan rakan kongsi yang kuat.
Techland akan menyertai senarai panjang studio-studio permainan yang dimiliki sepenuhnya ataupun secara majoriti oleh Tencent seperti Riot Games, Sumo Group, Turtle Rock Studios, Supercell, dan Klei Entertainment.