Netflix baru-baru ini telah memperkenalkan ciri baharu yang bakal tiba pada aplikasi mereka. Ciri ini adalah tab baharu yang dikenali sebagai My Netflix. My Netflix akan menjadi hab setempat untuk kandungan yang diminati.
Ia akan memaparkan senarai muat turun, kandungan yang telah disukai, Senarai Saya, sejarah treler yang telah ditonton, sejarah tontonan, sambungan menonton, peringatan kandungan bakal tiba dan banyak lagi. Tab “Home” (Laman Utama) dan “New & Hot” (Baharu & Popular) akan dikekalkan.

Menurut Netflix, My Netflix adalah untuk pengguna mengakses dengan pantas kandungan yang diminati, sambung semula menonton dan lain-lain, lebih-lebih lagi ketika merantau agar tidak keliru untuk apa yang ingin ditonton. Netflix turut memberitahu kandungan di dalam My Netflix akan berubah-ubah mengikut corak penggunaan pengguna.

“My Netflix” (Netflix Saya) kini tersedia pada aplikasi Netflix untuk iOS. Untuk pengguna Android pula, Netflix menyatakan kemas kini akan diedarkan bermula awal Ogos.
Sumber – Netflix


