Mark Grayson adalah adiwira yang dikenali sebagai Invincible iaitu anak kepada Omni-Man, sejenis makhluk asing Viltrumite. Invincible adalah animasi ganas/ngeri Prime Video yang diadaptasi dari komik judul sama oleh Robert Kirkman.

Siri ini sudah pun disahkan akan diteruskan dengan musim kedua dan ketiga. Musim kedua baru-baru ini disahkan akan tiba di Prime Video pada 3 November dengan empat episod pertama secara mingguan. Siri ini akan mempunyai 8 episod dan akan dibahagikan kepada dua bahagian. 4 episod seterusnya akan disiarkan pada awal tahun 2024.

Pada masa yang sama Prime Video turut mengumumkan yang episod khas watak Atom Eve rakan kepada Invincible kini boleh distrim. Ia adalah satu kisah prekuel bagaimana Atom Eve menjadi adiwira yang terkenal.

Sohor Kini