Niko telah mengeluarkan satu laporan yang memfokuskan kepada pemain wanita di Asia, laporan penuh adalah berbayar akan tetapi secara ringkasnya, 37% pemain permainan video di Asia merupakan wanita dengan peningkatan sebanyak 11% setiap tahun iaitu dua kali ganda berbanding peningkatan untuk pemain lelaki.
Laporan ini juga mengatakan yang 95% pemain wanita bermain menggunakan telefon pintar dengan terdapat peluang yang besar untuk mengembangkan penglibatan mereka di konsol dan juga PC.
Bagi genre paling popular di kalangan pemain wanita adalah seperti berikut;
Pemain wanita menyumbangkan 23.5% daripada jumlah pendapatan di dalam permainan video, dan menurut laporan ini, esukan boleh membantu untuk menggalakkan lagi pemain wanita berbelanja di dalam permainan video.
Selain itu, separuh pemain wanita yang menjawab tinjauan dilakukan oleh Niko tidak berpuas hati dengan bagaimana wanita digambarkan di dalam permainan video dan berharap ia dilakukan dengan lebih baik agar dapat mengurangkan diskriminasi dan juga interaksi negatif di dalam talian.