Skip to main content

SAG-AFTRA iaitu kesatuan yang mewakili pelakon-pelakon di Amerika Syarikat hari ini telah memulakan mogok mereka selepas dipersetujui oleh kesemua lembaga kesatuan tersebut. Mogok ini secara rasmi bermula pada 3 petang tadi.

Mereka mengatakan yang pelakon-pelakon di Amerika Syarikat memerlukan pembaharuan untuk kontrak mereka yang perlu menyentuh masalah-masalah baharu seperti penstriman dan juga AI, namun SAG-AFTRA mengatakan yang Alliance of Motion Picture and Television Producers (AMPTP) tidak mengendahkan permintaan tersebut.

Bermulanya mogok ini, pelakon-pelakon yang berada di dalam kesatuan ini tidak lagi boleh terlibat dengan sebarang aktiviti penggambaran dan juga promosi.

Antara yang paling awal terkesan adalah filem Oppenheimer yang sedang melakukan tayangan perdana di UK.

Christopher Nolan mengatakan yang pelakon-pelakon seperti Emily Blunt, Matt Damon, Robert Downey Jr. tidak lagi terlibat dengan promosi untuk filem tersebut walaupun mereka sudah berada di lokasi tayangan perdana.

Leave a Reply