Anthony Carrigan Adalah Metamorpho Dalam Superman Legacy

David Corenswet dan Rachel Brosnahan telah pun disahkan akan berlakon sebagai Superman/Clark Kent dan Lois Lane dalam filem Superman Legacy. Semalam Isabela Merced, Edi Gathegi dan Nathan Fillion pula diumumkan akan berlakon sebagai Hawkgirl, Michael Holt/Mister Terrific dan Guy Gardner/Green Lantern.

Hari ini Anthony Carrigan pual diumumkan turut akan menyertai barisan pelakon filem Superman yang ditulis dan akan diarahkan oleh James Gunn. Carrigan dikatakan akan berlakon sebagai Rex Mason/Metamorpho iaitu individu dengan kuasa yang boleh mengubah tubuh kepada apa jua elemen.

Ini bermakna filem Superman Legacy bukan sahaja filem mengenai Superman, tetapi filem yang akan memperkenalkan kepada watak-watak DC lain untuk persediaan DC Universe – Chapter One: Gods and Monsters.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Anthony Carrigan, ini bukan kali pertama beliau terlibat dengan projek DC. Sebelum ini Carrigan pernah berlakon sebagai Victor Zsasz dalam Gotham dan Kyle Nimbus/The Mist dalam siri The Flash.

Sumber – Hollywood Reporter

Sohor Kini