Bulan lepas David Corenswet telah disahkan menjadi pelakon untuk Clark Kent/Superman dan Rachel Brosnahan pula sebagai Lois Lane dalam filem DCU Superman Legacy. Filem ini ditulis dan akan diarah oleh James Gunn untuk DC Studios. Terbaru Isabela Merced, Edi Gathegi dan Nathan Fillion pula telah disahkan menyertai barisan pelakon filem ini.

Isabela Merced akan berlakon sebagai Hawkgirl, Edi Gathegi pula sebagai Michael Holt/Mister Terrific dan Nathan Fillion pula sebagai Guy Gardner/Green Lantern.

Buat masa ini plot filem masih belum didedahkan lagi. Tetapi menurut James Gunn filem ini akan mempertontonkan kisah awal Clark Kent menjadi Superman. Superman Legacy akan ditayangkan pada 11 Julai 2025.

Selain mereka bertiga pelakon Cobra Kai Xolo Maridueña yang akan menjadi Blue Bettle dalam filem solo tidak lama lagi turut disahkan akan kekal sebagai watak ini dalam projek-projek DCU lain.

Sumber – Vanity Fair

Sohor Kini