David Corenswet dan Rachel Brosnahan kini disahkan akan masing-masing memegang watak Superman/Clark Kent dan Lois Lane dalam filem Superman : Legacy di bawah arahan James Gunn. Walaupun berita ini ditiriskan oleh Deadline, James Gunn mengesahkannya sendiri menerusi ciapan yang dihantar menggunakan akaun peribadi beliau.

Filem baharu Superman akan memulakan semula kisah Superman yang lebih mudah. Ini ialah kali empat siri ini diolah semula bagi memulakan dunia baharu dunia filem adiwira DC. Ini turut menjadikan David Corenswet pelakon ke-11 menyarung kostum Superman dalam filem aksi nyata.

David Corenswet bukanlah nama yang dikenali ramai dengan beliau membintangi filem Pearl dan siri TV We Own This City. Ini meneruskan tradisi DC mengambil pelakon kurang dikenali seperti Brandon Routh dan Henry Cavill untuk memegang watak penting dunia komik.

Sementara itu Rachel Brosnahan pula dikenali ramai kerana menjadi watak utama siri The Marvelous Mrs Maisel dimana beliau memegang beberapa anugerah Emmy.

Sumber – Deadline

Sohor Kini