AirAsia Anjur “RedGames Jam” Bersama UOW Dan SEGA

AirAsia Super App telah mengumumkan penganjuran “RedGames Jam” iaitu satu pertandingan membangunkan permainan video secara pantas dengan kerjasama bersama dengan UOW Malaysia dan sokongan daripada International Game Developers Association (IGDA) DAN SEGA.

Kejohanan ini akan berlangsung pada 28 Julai sehingga 30 Julai di kampus UOW Malaysia Glenmarie. Di dalam kejohanan ini, setiap pasukan sehingga 5 peserta perlu menghasilkan satu permainan video dari awal dalam masa 48 jam, peserta juga boleh mendaftar sebagai peserta individu.

Bagi yang berminat untuk menyertainya anda boleh layari laman ini.

RedGames merupakan penawaran permainan di dalam AirAsia Super App dan buat masa ini mempunyai lebih 50 permainan. Anda boleh bermain permainan-permainan ini dengan memasuki bahagian “Chat”.

Sohor Kini