Minggu lepas HUAWEI AppGallery, ZUS Coffee dan Raganarok Origin (ROO) bekerjasama melancarkan minuman baharu Velvet Crème Poring Latté. Minuman ini adalah inspirasi daripada watak Alchemist dalam ROO yang mencipta gabungan jamu putih dan merah jambu. Minuman ini adalah berasaskan kopi dan juga krim manis berwarna.

Sempena pelancaran minuman ekslusif ini yang hanya ditawarkan sejak 26 Jun dan akan tamat pada 31 Julai, Aksiz ingin mengadakan giveaway barangan ekslusif ROO dan juga baucar minuman percuma ZUS Coffee. Cara untuk menyertai adalah mudah sahaja, anda hanya perlu mengikuti akaun Twitter Aksiz, RT dan Like ciapan mengenai giveaway ini.

Hadiah yang anda akan terima adalah pad tetikus dan anak patung Ragnarok Origin serta baucar minuman yang anda boleh tebus di aplikasi ZUS Coffee. Pada masa yang sama anda turut boleh menerima pek hadiah dan juga tumbler Original Love jika bermain ROO di peranti Huawei dan berbelanja dalam AppGallery.

Muat turun – Ragnarok Origin di AppGallery

Sohor Kini