CESA telah mengumumkan yang buat pertama kali dalam empat tahun, Tokyo Game Show (TGS) akan menggunakan sepenuhnya Makuhari Messe, iaitu tempat penganjuran bagi acara ini. TGS 2023 akan berlangsung pada 21 September sehingga 24 September.

TGS 2022 pada tahun lepas telah dianjurkan secara fizikal akan tetapi menggunakan sebahagian sahaja daripada Makuhari Messe kerana pelbagai sekatan akibat pandemik Covid-19.

Pada tahun ini, walaupun akan masih ada beberapa perkara yang di kawal, tetapi ia akan lebih terbuka termasuk juga kanak-kanak boleh menghadiri acara ini dan ruangan mesra-keluarga akan disertakan semula.

Kandungan-kandungan dalam talian masih diteruskan mengikut penerbit dan juga acara rasmi seperti TGS VR. TGS Forum dan ‘Business Meeting’ juga boleh disertai secara dalam talian.

Antara penerbit yang akan membuka rerurai di bahagian umum adalah Arc System Works, Bandai Namco, Capcom, Google Play, HoYoverse, Koei Tecmo, Konami, SEGA, Square Enix, Toei Animation dan Level-5.

Microsoft dikatakan menyertai acara ini akan tetapi kami tidak menjumpai nama mereka di dalam senarai yang terlibat. PlayStation dikatakan hanya terlibat di bahagian indie dan Nintendo pula di bahagian perniagaan sahaja.

Sohor Kini