Durioo+ adalah platform penstriman video yang dilancarkan pada tahun 2022 memfokuskan kepada kandungan islamik dan mesra kanak-kanak. Mereka berhasrat ingin menjadi Netflix dan Disney+ dengan pelbagai perancangan termasuk akan hadir dengan platform Durioo+ Games.

Terbaru Sinan Ismail selaku pengasas dan ketua eksekutif Durioo+ memberitahu yang platform penstriman video mereka ini akan hadir dengan aplikasi baharu menggantikan aplikasi sedia ada.

Aplikasi baharu turut akan hadir dengan ciri menapis kandungan agar kanak-kanak hanya boleh menonton apa yang dibenarkan oleh ibu bapa mereka sahaja. Selain itu pemasa turut akan diintegrasikan agar kanak-kanak tidak lalai menonton video. Sistem kecerdasan buatan turut dirancang untuk diintegrasikan dalam Durioo+ agar boleh memberi cadangan kandungan yang bersesuaian.

Sinan turut berhasrat aplikasi baharu nanti akan hadir pada lebih banyak televisyen pintar termasuk webOS untuk televisyen LG. Kemas kini aplikasi ini nanti turut akan menawarkan antaramuka yang lebih mesra kanak-kanak seakan YouTube Kids

Kemas kini aplikasi Durioo+ ini dirancang akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2024 akan datang.

Sumber – Facebook Sinan Ismail

Leave a Reply