Durioo+ adalah platform penstriman baharu daripada pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana, iaitu Sinan Ismail. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, platform penstriman yang ditujukan kepada kanak-kanak dan memfokuskan kandungan dengan nilai islamik dan hari ini adalah hari pertama perkhidmatannya bermula.

Setakat yang kami semak sebentar tadi, kandungan Durioo+ Originals ada lapan pilihan daripada Little Ammar, Abibi, Mina Mila, The Challengers, Lagu Bubu Lala, Surprise, Red Yellow Blue sudah ditawarkan. Ada yang hanya terhad dengan dua atau tiga episod, ada juga yang seakan sudah penuh satu musim.

Ada juga kandungan alternatif kompilasi 30 minit, video muzik tanpa instrumen, beberapa kandungan bahasa Arab dan ada juga kandungan keindahan alam semula jadi.

Harga langganan yang ditawarkan adalah RM12.99 sebulan, ada juga pilihan tahunan pada harga RM129.90 dan pilihan untuk menghadiahkan langganan kepada orang lain.

Langgan di sini.

Sohor Kini