Skip to main content

‘The Password Game’ adalah permainan yang boleh dimainkan melalui pelayar dan dibangunkan oleh Neal Agarwal. Permainan ini bermula dengan ringkas sahaja, masukkan apa-apa sahaja untuk menjadikannya sebagai kata laluan.

Pautan: The Password Game

Permainan ini kemudiannya akan menambah peraturan-peraturan baharu yang perlu diikuti, bermula dengan mesti mempunyai 5 abjad, mesti menyertakan nombor – seperti mana-mana kata laluan – tetapi ia menjadi semakin pelik apabila mula meminta jawapan Wordle untuk hari ini, ataupun menyertakan emoji bagi fasa bulan semasa.

Secara keseluruhan terdapat lebih kurang 35 peraturan, daripada kata laluan yang bermula sebagai ‘password’ ia akan menjadi sangat berlainan. Anda boleh melihatnya melalui beberapa pengguna Twitter yang berjaya menyelesaikannya.

Anda mungkin mengatakan yang senang untuk sekadar mengikut peraturan yang diberikan, akan tetapi setiap peraturan yang diberikan akan menjadi lebih tidak masuk akal, seperti perlu menggunakan simbol, ataupun perlu meletakkan nombor tertentu tetapi pada masa sama tidak boleh melebihi 35 jika ditambah.

Tidak cukup dengan itu, anda juga perlu melawan dengan api yang tiba-tiba muncul, ataupun perlu memberi makan kepada ulat. Bahkan pembangun Neal Agarwal sendiri mengatakan yang beliau masih tidak menyelesaikan permainan ini.

Jika ingin mencuba kemahiran anda, boleh layari laman ini untuk mencubanya, namun, pada pengalaman kami, permainan ini mungkin lebih sukar berbanding Dark Souls.

Leave a Reply