Nuovolife telah membuka secara rasmi Complete Entertainment Exchange (CeX) di Malaysia dan bertempat di IOI City Mall Putrajaya. CeX terkenal sebagai kedai yang menawarkan barangan hiburan seperti permainan video dan juga elektronik yang terpakai.

Malaysia menjadi negara Asia kedua yang menerima cawangan untuk CeX selepas India. CeX mempunyai 388 cawangan di UK dan juga di 10 negara lain seperti Spain, Ireland, Mexico, Australia dan Portugal. Ia telah beroperasi sejak 31 tahun yang lepas.

Mereka juga telah mengatakan yang cawangan di Malaysia menyertakan lebih 10 ribu barangan, ini termasuklah barangan elektronik seperti telefon, tablet, laptop, aksesori, kamera dan juga permainan video.

CeX Malaysia merancang untuk mengembangkan lagi penawaran mereka terutamanya di Lembah Klang pada sepanjang tahun ini dan ke tempat lain sebelum tahun 2026.

Leave a Reply