Wizards telah mengumumkan penganjuran ‘MTG Welcome Party’ bersempena dengan sambutan pelancaran The Lord of the Rings: Tales of Middle-earth iaitu kolaborasi terbesar untuk Magic: The Gathering.

MTG Welcome Party ini akan berlangsung di Paradigm Mall pada 1-2 Julai dan pukul 10 pagi sehingga 9 malam.

Antara aktiviti yang disediakan adalah Mini Games untuk belajar mengenai perkara asas bagi permainan MTG, mencuba secara percuma Starter Kit untuk penambahan terbaru ini – Starket Kit juga ada dijual -, bermain Commander (memerlukan pembelian dek Commander untuk menyertainya).

Dengan membawa rakan dan menyertai ‘Photo Opportunities’ pengunjung berpeluang untuk mendapat pelbagai ganjaran.

Anda boleh melakukan pendaftaran untuk menyertai MTG Welcome Party ini di pautan ini (Facebook).

Sohor Kini