Skip to main content

Wizards of the Coast bakal melancarkan kolaborasi terbesar untuk Magic the Gathering iaitu bersama dengan The Lord of the Rings melalui set The Lord of the Rings: Tales of Middle-earth pada 23 Jun 2023 ini. Set ini akan menyampaikan semula kisah-kisah The Lord of the Rings melalui kad-kad yang seperti set Beyond Universe lain boleh digunakan bagi format Eternal – Legacy, Vintage dan Commander dengan tambahan format Modern.

Tarikan utama untuk set ini sudah semestinya kad ‘The One Ring’ yang menerima kad 1 daripada 1 yang boleh didapatkan oleh pemain melalui pek Booster (berbahasa Inggeris) sahaja. Selain itu, terdapat juga kad Land yang apabila disusun akan membentuk peta Middle-earth. Terdapat juga rekaan Borderless yang boleh dicantumkan dan juga kad yang mempunyai rekaan Showcase Ring Treatment.

Set The Lord of the Rings: Tales of Middle-earth menyertakan Draft Booster, Set Boosters, Collector Boosters, Prerelease Packs, Bundles, Gift Bundles, Commander Deck, Jumpstart Boosters dan Starter kits. Tambahan Collector Boosters Special Edition, Jumpstart Vol. 2 dan Scene Boxes akan tiba pada 3 November.

Acara Media Magic the Gathering The Lord of the Rings: Tales of Middle-Earth

Bersempena dengan pelancaran set ini, Wizards of the Coast juga telah menganjurkan acara media untuknya dan telah memberi saya peluang untuk menjadi antara yang terawal mencuba kad-kad di dalam set The Lord of the Rings: Tales of Middle-earth. Untuknya, saya telah diberikan Pek Prerelease yang mengandungi 6 Draft Boosters bersama dengan 2 kad Traditional Foil yang kami guna untuk menghasilkan dek dengan 40 kad.

Saya sedikit kecewa dengan kad-kad yang saya peroleh daripada 6 Draft Booster, terutama kerana kad Mythic yang saya terima tidak boleh digunakan kerana kurangnya sinergi yang boleh dilakukan. Kad Mythic yang saya terima adalahn The Watcher in the Water iaitu Legendary Creature – Kraken yang mempunyai kuasa 9/9 akan tetapi memasuki battlefield dengan 9 Stun Counter.

Kekurangan tersebut diganti dengan setiap kali saya draw kad ketika turn pihak lawan saya akan menghasilkan token Blue Tentacle, dan setiap kali token tersebut mati, saya boleh untap Kraken dan meletakkan stun counter di nonland permanent yang lain. Bagi saya kad ini mungkin menarik di dalam Commander, akan tetapi untuk sesi saya bermain ini, agar sukar untuk menggunakan kad ini dengan efektif, tambahan itu, saya tidak mempunyai banyak kad draw.

Saya sebaliknya memilih untuk membentuk dek menggunakan warna Merah dan Hijau kerana kedua-dua warna ini mempunyai mekanik yang lebih kurang bagi kad-kad yang saya dapat iaitu Buff dengan beberapa spell untuk menjadikan dek ini lebih control. Ia juga mempunyai keseimbangan mana yang baik walaupun semasa saya bermain, mempunyai nasib yang kurang baik dengan kad-kad awal permainan berada di bahagian belakang dek.

Namun, sekurang-kurangnya saya dapat mencuba mekanik baharu dan khusus untuk set ini iaitu “The Ring Tempts You”. Bagi kad-kad yang mempunyai keyword tersebut, pemain boleh merujuk kepada The Ring yang akan memberikan kelebihan/kekurangan mengikut setiap kali “The Ring Tempts You”.

Wizards juga telah memberikan kami satu Commander Deck iaitu Elven Council yang kami akan kongsikan kemudian. Anda boleh layari laman rasmi untuk maklumat lanjut; https://magic.wizards.com/en/products/the-lord-of-the-rings-tales-of-middle-earth.

Leave a Reply