EA Kini Dipecahkan Menjadi EA Sports Dan EA Entertainment

Electronics Arts ialah penerbit pelbagai siri permainan video ternama seperti Need For Speed, FIFA, Command and Conquer, Battlefield dan Mass Effect. Sejak 1982, saiz syarikat menjadi semakin besar sehingga ramai merasakan ia menjadi penyebab mengapa produk mereka dikatakan tidak inovatif dan lebih mementingkan keuntungan.

Hari ini CEO syarikat Andrew Wilson mengumumkan penstrukturan semula dengan ia dipecahkan menjadi dua entiti baharu iaitu EA Sports dan EA Entertainment. EA Entertainment sebenarnya ialah EA Games yang dijenamakan semula.

Di bawah EA Sports penerbitan siri permainan F1 , PGA Tour, Madden, EA Sports FC, dan NHL akan diteruskan seperti biasa. Berdasarkan namanya EA Sports akan memberikan tumpuan kepada penerbitan permainan-permainan berasaskan sukan.

Di bawah payung EA Entertainment pula studio Respawn, DICE, Ripple Effect, Ridgeline Games , Full Circle, Motive Studio, EA Seattle, BioWare, dan EA Originals akan ditempatkan. Studio yang membangunkan permua juga akan turut diletakkan di bawah pengawasan EA Entertainment.

Dengan penstrukturan semula ini, CEO EA Andrew Wilson berkata “langkah-langkah ini akan mempercepatkan perniagaan kami, memacu pertumbuhan dan memberikan nilai jangka panjang untuk kakitangan kami, pemain kami dan komuniti kami,”.

Sumber – Electronic Arts

Sohor Kini