Astro baru-baru ini mengumumkan yang filem Polis Evo 3 telah berjaya mengutip RM50 juta selepas 24 hari tayangan. Ini sekaligus menjadikan Polis Evo 3 sebagai filem tempatan dengan kutipan kedua tertinggi dalam sejarah selepas Mat Kilau (RM90 Juta) dan menewaskan kutipan Munafik 2 (RM48 juta).

Bukan itu sahaja, filem ini turut telah menjadi filem paling laris di Malaysia 2023 setakat ini. Filem-filem Hollywood seperti Fast X, Ant-Man 3, Transformers: Rise of the Beast dan Guardians of the Galaxy Vol. 3 semuanya turut berjaya ditewaskan.

Polis Evo 3 diarahkan oleh Syafiq Yusof dan diterbitkan oleh Astro Shaw dan juga Skop Productions. Selain Shaheizy Sam dan Zizan, filem ini turut dibintangi Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, dan Farali Khan.

Berdasarkan ulasan kami, filem ini lebih serius, matang, dan lebih fokus kepada perkembangan watak. Kualiti produksi dan aksi gempak juga pasti akan membuatkan anda ingin duduk diam di panggung – anda boleh baca ulasan penuh di pautan berikut; Ulasan Polis Evo 3.

Sohor Kini