Ulasan Polis Evo 3

Aku tahu Malaysia ada banyak koleksi filem menarik. Dalam banyak-banyak yang disimpan tidak banyak yang betul-betul aku boleh ucapkan “Inilah filem”! Biasa yang aku ingat adalah filem aksi, perlumbaan haram atau drama keluarga.

Untuk aksi yang aku betul-betul berpuas hati, jalan cerita mantap, perkembangan watak yang bagus dan kualiti produksi tinggi rasanya masih lagi tiada dalam memori. Atau adakah Polis Evo 3 sekuel dan penamat kepada francais boddy cop tempatan yang baru sahaja ditayangkan ini boleh mencipta sejarah baharu?


Apa Kisahnya?

Formula yang mudah yang susah untuk rosakkan penceritaan filem ini. Ada banyak kisah buddy cop yang boleh diambil sebagai rujukan contohnya adalah Point Break, Se7en atau Bad Boys. Aku juga mengenali hasil kerja akan Syafiq Yusof iaitu pengarah filem berdasarkan karya aksi beliau yang sebelum ini.

Polis Evo 3 turut dihasilkan oleh Skop Productions studio ayah beliau, iatu Yusof Haslam. Kedua-duanya juga kali pertama terlibat dengan Polis Evo pertama adalah oleh Ghaz Abu Bakar sementara yang kedua pula oleh Joel Soh dan Andre Chiew.

Polis Evo 3 adalah filem aksi yang sangat ringkas. Dua orang polis kawan baik antara Inspektor Khai (Shaheizy Sam) dan Inspektor Sani (Zizan Razak). Musuh Khai (Sharnaaz Ahmad) dari memori pahit kini muncul menyebabkan tidak tenteram dan menghantui Khai sehingga persahabatan beliau dan Sani tercemar.

Dengan Reza yang mempunyai misi balas dendam yang terpateri dalam jiwa, adakah Khai dan Sani akan kekal berkawan? Apa pula nasib Nora Danish Anis adik Sani/kekasih Khai; Syafiq Kyle sebagai Inspektor Dani; ahli UKAN pakar pemusnahan bom; Douglas Lim pula menjadi Inspektor Dell iaitu ahli UKAP, pakar IT; Farali Khan adalah gadis Bond filem ini sebagai yang juga menjadi Inspektor Julie serta ahli UKAP pakar tembakan tepat.

Pengalaman Menonton

Semasa aku menonton filem ini aku tidak meletakkan apa-apa harapan kerana ingin cuba menikmati dan menghargai filem tempatan yang memang aku sendiri nantikan. Mengejutkan aku keluar dewan panggung wayang dengan rasa lega. Polis Evo 3 adalah sebuah filem buddy cop Malaysia dengan skrip yang baik, aksi yang tidak melampau, jenaka yang sederhana tetapi dengan perkembangan watak yang mantap!

Aku suka filem ini kerana penyampaian cerita yang matang. Ia tidak cuba menjadi diri sendiri atau bereksperimen dengan sesuatu yang berani. Tetapi ambil konsep yang sudah ada hanya sampaikan ke versi sendiri yang mungkin lebih baik dari filem Hollywood. Lawak Zizan dalam filem ini seimbang, tidak ada yang melampaui batas, dan lakonan watak Khai juga memang memuaskan. Cuma Zizan sebagai watak protagonis sudah biasa, aku ingin tonton Zizan pula antagonis utama dalam filem bajet besar.

Shaheizy Sam pula boleh nampak komitmen beliau sebagai Sani yang diberikan penuh semangat. Bukan dari bakat lakonan sahaja, tetapi tubuh badan berubah seakan hero Hollywood. Jika lebih banyak filem tempatan dengan pelakon yang ada semangat seperti Sam, pasti lebih ramai pelakon tempatan sekarang boleh berlakon dalam filem-filem antarabangsa.

Reza adalah antara watak antagonis yang aku suka dalam filem tempatan. Api marah yang membara dalam badan kerana ingin membalas dendam terhadap apa Khai pernah lakukan suatu ketika dahulu sungguh dahsyat dan mengerikan. Cuma aku tidak suka motivasi diri beliau untuk membalas dendam. Motivasi watak ditulis dengan ringkas membuatkan aku rasa Reza boleh lagi untuk menjadi antagonis terbaik.

Watak-watak lain turut kekal hebat di dalam Polis Evo 3. Fauzi Nawawi sebagai ACP Farouk; Ketua UKAP, Eyka Farhana sebagai Yati; adik bongsu Sani, Kamaliah Mat Dom sebagai Ibu Sani, Fadilah Mansor sebagai Ibu Khai, dan ramai lagi beberapa termasuk pelakon hebat yang menjadi penampilan khas. Semuanya berjaya menjadikan filem ini lebih menarik.

Tidak lupa juga aksi filem yang menarik. Mungkin tidak cukup ganas dan memuaskan untuk citarasa aku pada filem aksi tempatan tetapi aku tidak puas. Ada beberapa adegan yang pergerakan kamera terlampau laju (tidak selaju Mat Kilau) dan demi menjadikan filem lebih serius dan matang mungkin aksi dikurangkan untuk menjadikan Polis Evo 3 sebagai filem yang seimbang agar semua boleh layan.

Kualiti produksi filem ini pada aku masih boleh diperbaiki. Contohnya pancaran percikan (muzzle flash, kesan percikan api ketika menembak) pada senjata api tidak konsisten dan sesetengahnya nampak janggal mengendalikan senjata, ciri watak yang aneh seperti Inspektor Julie (Farali Khan) yang tidak berhenti mengunyah gula-gula getah dari awal filem atau kesan letupan yang agak melampau. Tetapi aku tidak menafikan yang kualitinya tidak bagus. Polis Evo adalah satu lagi bukti Malaysia boleh menghasilkan filem berkualiti.

Kesimpulan

Polis Evo 3 adalah filem yang boleh tonton dengan seisi keluarga di pawagam dan pulang dengan rasa puas hati. Filem ini boleh membuatkan penonton rasa khusyuk dan serius ketika menonton. Tidak lupa juga dengan runut bunyi yang menghiburkan dan rancak untuk filem ini iaitu Ayuh yang dinyanyikan oleh Malique, Kmy Kmo, Ernie Zakri dan Aman RA.

Dengan Polis Evo 3 Malaysia telah membuktikan kita boleh menghasilkan filem berkualiti. Apa kata dengan sudah banyak filem mengenai perlumbaan haram, polis, tentera dan sebagainya selepas ini untuk filem aksi cuba bina berdasarkan tema zaman Hang Tuah, kisah legenda dan lain-lain. Kalau kualitinya sehebat Polis Evo aku pasti akan tonton.

Polis Evo 3 telah ditayangkan di pawagam tempatan sejak 25 Mei lalu.

Polis Evo 3
Tayangan sejak 25 Mei
Memori pahit Inspektor Sani iaitu Reza (Sharnaaz Ahmad) tiba-tiba muncul untuk membalas dendam mengancam persahabatan bersama Inspektor Khai. Filem ini lebih serius, matang, dan lebih fokus kepada perkembangan watak. Kualiti produksi dan aksi gempak juga pasti akan membuatkan anda ingin duduk diam di panggung.
Positif
Prestasi lakonan mantap untuk semua watak penting
Penceritaan yang lebih serius, matang, beremosi
Filem yang tiada masalah untuk tonton 2 kali di panggung
Negatif
Motivasi watak Reza yang ditulis dengan lemah
Aksi tidak cukup memuaskan
8

Sohor Kini