Samsung telah mengumumkan pelancaran monitor Odyssey OLED G9 mereka untuk pasaran global, yang merupakan model baharu untuk menggantikan Odyssey OLED G8 yang dikeluarkan pada tahun lepas.

Monitor ini bersaiz 49 inci dengan 1800R curvature, ia juga merupakan monitor OLED pertama yang menawarkan resolusi Dual Quad High Definition (DQHD) iaitu dengan resolusi 5120 x 1440 dan nisbah 32:9.

Saiz yang besar dan panjang ini memberikan paparan yang bagaikan dua monitor QHD dalam satu. Selain itu, monitor ini juga mempunyai tempoh reaksi 0.03ms GtG dan juga kadar segar semula sehingga 240Hz.

Di Singapura, monitor ini ditawarkan dengan harga S$3,399 (~RM11 ribu) dan buat masa ini masih tiada pengesahan mengenai penawaran di Malaysia.

Sohor Kini