Spider-Man Across The Spider-Verse sekali lagi berjaya menjadi filem animasi dan filem Spider-Man terbaik. Ia memfokuskan kepada watak Miles Morales dan dunia multimesta Spider-Man lain. Watak Miles Morales turut akan diadaptasi menjadi bentuk aksi nyata nanti.

Terbaru, Sony Pictures bakal hadir dengan filem pendek The Spider Within: A Spider-Verse Story. Filem ini akan memperlihatkan bagaimana Miles Morales mengalami masalah rasa kebimbangan yang melampau atau serangan anxiety kerana pendidikan, ujian dan masalah hubungan.
Baca – Ulasan Spider-Man: Across the Spider-Verse
Dalam filem pendek ini, Miles diganggu oleh bayangan personaliti lain beliau dan diserang dengan banyak labah-labah sebelum meminta nasihat ayah beliau Jeff Morales.
The Spider Within – A Spider-Verse Story adalah filem yang menekankan kepentingan dan kesedaran kesihatan mental. Selain turut mengingatkan kepada orang ramai betapa pentingnya hubungan antara ayah dan anak.

Filem ini adalah hasil kerjasama antara Sony Pictures Animation, Sony Pictures Imageworks dan Leading and Empowering New Storytellers (LENS). Filem pendek ini dipertontonkan di Festival Filem Antarabangsa Annecy namun tidak disahkan jika akan dipertontonkan secara meluas.
Sumber – Deadline