Assassin’s Creed Nexus VR Diumumkan Untuk Meta Quest

Assassin’s Creed Nexus VR telah diumumkan untuk set kepala Meta Quest. Permainan ini berlainan dengan permainan AC terdahulu kerana ia adalah dari sudut pandangan pertama. Dalam treler yang dikongsi, pemain boleh mengawal tiga watak utama iaitu Connor, Cassandra dan Ezio daripada permainan terdahulu.

Malang sekali treler hanya menunjukkan grafik pengolokan dan bukannya grafik sebenar permainan. Tarikh pelancarannya juga masih lagi belum diumumkan. Sungguh begitu permainan baharu dalam dunia VR adalah menarik kerana berlainan dengan apa yang ditawarkan Ubisoft untuk siri AC.

Sohor Kini