Selain menganjurkan penstriman Xbox Games Showcase dan Starfield Direct, Microsoft juga menganjurkan acara fizikal What’s Next for Gaming di mana mereka berkongsi perkembangan terbaru mengenai Xbox.
Antara yang diumumkan adalah, pada suku lepas terdapat peningkatan sebanyak 46% pemain yang bermain permainan PC melalui Game Pass. Game Pass juga terus berkembang dengan untuk suku lepas, perkhidmatan langganan telah menjana pendapatan hampir $1 bilion.
Microsoft juga telah mengumumkan yang Nvidia GeForce Now akan menyokong PC Game Pass tidak lama lagi, dengan pelanggan untuk kedua-dua perkhidmatan boleh bermain beberapa permainan.
Buat masa ini, permainan Xbox Game Studios yang menyokong Nvidia GeForce Now hanya boleh dimainkan melalui Steam sahaja.
Nvidia GeForce Now telah dilancarkan di Malaysia oleh Yes 5G dengan harga langganan RM30 sebulan atau RM300 setahun untuk pelanggan Yes 5G dan RM50 sebulan atau RM500 untuk pengguna lain.