Skip to main content

YES 5G telah melancarkan perkhidmatan NVIDIA GeForce Now di Malaysia pada bulan April lepas dan sudah boleh dilanggan dengan bayaran RM30 sebulan atau RM300 setahun untuk pelanggan YES 5G dan RM50 sebulan atau RM500 setahun untuk pengguna lain.

Jika anda ingin mencuba sendiri perkhidmatan GeForce Now anda boleh kujungi jerayawara mereka yang berlangsung di Starhill, Bukit Bintang bermula semalam sehingga 11 Jun 2023, 10 pagi sehingga 10 malam.

Di jerayawara ini, pengunjung boleh mencuba bermain permainan video melalui GeForce Now menggunakan telefon pintar, tablet ataupun PC. Pengunjung juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah termasuk juga tambah nilai untuk Steam.

Tawaran khas untuk pengunjung, mereka juga boleh dapatkan percubaan selama seminggu untuk NVIDIA GeForce Now jika ingin lebih masa percubaan sebelum melanggan.

NVIDIA GeForce Now adalah perkhidmatan penstriman permainan video yang membolehkan pemain bermain permainan tanpa perlu melakukan pemasangan. Ia menyokong pelbagai peranti seperti telefon pintar, PC, Mac, dan juga TV pintar.

Bagi yang ingin melanggan perkhidmatan ini, harus diketahui yang GeForce Now tidak menyediakan permainan bersama dengan langganan, perkhidmatan ini hanya membolehkan anda untuk bermain permainan yang anda sudah miliki di Steam, Epic Games Store dan pelbagai klien lain.

Leave a Reply