Bandai Namco ketika Summer Game Festival telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan permainan video berdasarkan manga Sand Land yang dihasilkan oleh Akira Toriyama – mangaka yang bertanggungjawab untuk Dragon Ball.
Manga Sand Land mungkin kurang dikenali oleh orang ramai kerana ia adalah satu manga yang mempunyai 14 bab sahaja. Dikeluarkan di Weekly Shonen Jump pada tahun 2000. Ia memfokuskan kepada watak Sand Land yang merupakan iblis tetapi telah diminta tolong untuk membantu manusia kerana keadaan dunia pada waktu itu.
Selain menerima permainan video, Sand Land juga sebelum ini diumumkan akan menerima filem anime yang diterbitkan oleh Sunrise, Kamikaze Douga dan Anima. Filem ini akan tiba di Jepun pada Ogos 2023. Bagi permainan pula, Bandai Namco tidak mengumumkan sebarang tarikh dan juga platform.


