Kojima Productions telah berkongsi treler pertama untuk Kojima: Connecting Worlds iaitu dokumentari mengenai pengasas studio tersebut, Hideo Kojima. Dokumentari ini diterbitkan oleh Ben Hilton dan diarahkan oleh Glen Milner melalui Filmworks.

Tayangan perdana untuk dokumentari dilakukan di Tribeca Film Festival yang berlangsung pada 17 Jun 2023 di The Indeed Theatre, Spring Studios. Buat masa ini tidak disahkan lagi di mana dokumentari ini akan ditawarkan selepas tayangan perdana tersebut.

Dokumentari ini akan turut menyertakan kenalan dan artis yang pernah bekerja dengan Hideo Kojima seperti Guillermo del Toro, Nicholas Winding Refn, Grimes, George Miller, Norman Reedus, Woodkid, dan Chvrches.

Sohor Kini