Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengatakan akan berbincang dan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk menjadikan esukan sebagai ko-kurikulum dan juga aktiviti kelab di sekolah. Buat masa ini, esukan disertakan di sekolah sebagai inisiatif sekolah dan juga aktiviti tidak rasmi.

Beliau juga mengatakan yang perbincangan ini akan melibatkan Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bulan ini.

Hannah Yeoh memberikan kenyataan tersebut untuk menjawab soalan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Abdul Khalid Abdullah mengenai inisiatif untuk mengembangkan esukan di peringkat sekolah.

Tambahan pada itu, Hannah Yeoh juga mengatakan yang esukan kini diiktiraf sebagai satu sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan.

Sumber: Malaymail

Sumber Gambar: KBS (oleh Husni Baharudin)

Sohor Kini