Doug Cockle iaitu pelakon suara bahasa Inggeris untuk Geralt of Rivia di dalam permainan The Witcher oleh CDPR telah mengatakan yang beliau sedang menjalani rawatan untuk kanser prostat.
Beliau juga mengatakan yang sekadar melakukan ujian secara rawak sebelum disahkan menghidap kanser tersebut dan meminta kepada semua lelaki yang berumur 50 tahun ke atas untuk menjalani ujian yang sama.
Doug Cockle telah menjadi suara untuk Geralt bermula pada The Witcher yang dikeluarkan pada tahun 2007 sehingga The Witcher 3: Wild Hunt yang menerima penambahan terakhir pada tahun 2016 bersama dengan beberapa projek sampingan.