Skip to main content

Konami, Bad Robot Games dan Genvid telah berkongsi treler baharu untuk Silent Hill: Ascension yang akhirnya memperlihatkan lebih lanjut mengenai permainan ini yang menurut mereka, tindakan jutaan pemain akan menentukan arah penceritaan permainan ini.

Berdasarkan penerangan oleh Genvid, iaitu pembangun untuk permainan ini, pemain tidak akan bermain Silent Hill: Ascension secara berseorangan, sebaliknya permainan ini akan distrim secara langsung dan kesemua penonton akan menentukan apa yang terjadi di dalam permainan ini.

Mereka juga mengatakan yang permainan ini akan menyertakan beberapa watak berbeza dan nasib mereka sama ada “redeemed”, “damned” ataupun “suffer”. Menariknya, mereka juga mengatakan yang kejadian di dalam permainan ini juga akan menentukan penceritaan untuk permainan Silent Hill yang akan datang.

Buat masa ini mereka masih tidak mengumumkan tarikh permainan ini dikeluarkan, akan tetapi mengesahkan yang ia akan tiba pada tahun ini.

Leave a Reply