CD Projekt Menyangkal Laporan Akan Diambil Alih Oleh Sony

CEO CD Projekt, Adam Kicinski mengatakan yang studio mereka bukan untuk dijual dan sekaligus menyangkal laporan mengatakan yang studio mereka menjadi sasaran pengambil-alihan oleh Sony – PlayStation Studios.

“Tiada yang berubah di pihak kami. Saya boleh ulangi apa yang dikatakan sepanjang tahun-tahun lepas – CD Projekt bukan untuk dijual. Kami mahu terus bergerak secara sendiri” katanya.

Ini bukanlah pertama kali CD Projekt dilaporkan menjadi sasaran pengambil-alihan, semasa mereka menghadapi ‘krisis’ yang diakibatkan masalah pelancaran Cyberpunk 2077, ada laporan mengatakan CD Projekt menjadi sasaran pengambil-alihan pelbagai syarikat termasuk juga oleh Microsoft.

Perkara ini dibincangkan semasa pengumuman prestasi kewangan bagi studio tersebut di mana mereka juga telah mengumumkan yang The Witcher 3: Wild Hunt telah terjual sebanyak 50 juta unit.

Sumber: Reuters

Sohor Kini