Seperti yang dilaporkan sebelum ini dunia John Wick akan terus berkembang dengan filem dan siri TV. Setakat yang telah disahkan adalah dua prekuel iaitu siri TV The Continental dan filem Ballerina. Treler bagi The Continental baru-baru ini dikongsi dan siri ini akan menjadi eksklusif di Peacock.

Treler memperlihatkan hotel The Continental New York yang semua kenal dalam filem John Wick. Tetapi suntingan treler nampak seakan video yang dihasilkan oleh peminat kipas susah mati. Apa-apa pun, The Continental adalah siri dengan tiga episod berlaku pada tahun 1970-an.

Siri akan mengisahkan Winston Scott versi muda yang bersusah-payah mendapatkan hak hotel ikonik ini. Bagaimana beliau cuba tinggalkan dunia pembunuh upahan dan akhirnya menjadikan hotel pembunuh berkumpul sebagai tempat tinggal.

Siri ini akan tiba pada September tahun ini dan tidak pasti jika ia akan disiarkan di Malaysia ataupun tidak.

Sohor Kini