The CW iaitu syarikat di sebalik francais Arrowverse, Supernatural dan banyak lagi kini bukan lagi dimiliki oleh Warner Media dan ViacomCBS. Sebaliknya kini di bawah Nexstar. Sejak ke belakangan ini banyak siri TV Arrowverse telah dibatalkan dan bersedia untuk musim akhir dan banyak juga siri TV yang sekian lama dirancang terus terkubur.
Terbaru, Comicbook.com melaporkan yang The CW turut tidak akan meneruskan produksi bagi siri TV Powerpuff Girls. Siri lain iaitu Justice U sebuah siri sampingan Arrowverse, olahan semula Zorro versi wanita dan beberapa lagi turut dibatalkan.
Antara sebab setiap projek ini dibatalkan adalah kerana Nexstar tidak memiliki hak untuk menghasilkan projek berdasarkan IP milik studio lain. Projek-projek yang disebutkan tadi juga mungkin akan diteruskan di studio lain.