Sejak siri TV Arrow tamat, The CW cuba menawarkan pelbagai lagi siri lain untuk meneruskan kisah Arrowverse. Tetapi sejak itu, jumlah penonton telah menurun dan kualiti siri TV mereka juga semakin kurang memuaskan. Dalam Arrowverse, antara yang ramai tidak sabar ingin lihat beraksi adalah John Diggle sebagai Green Lantern.

Kita nampak beliau temui sesuatu yang hijau dan bernyala-nyala tetapi tiada kesinambungannya. Terkini, John Diggle yang dilakonkan oleh David Ramsey dikatakan akan kembali beraksi sebagai ketua kumpulan dan mentor untuk Justice U.

Justice U adalah siri TV mengenai lima manusia-meta yang menyamar untuk menjalankan misi di bawah John Diggle. Kesemua manusia-meta ini akan berlatih dan menjalankan misi dengan pemantauan Diggle. Apa yang menarik adalah David yang sebelum ini pernah menarah untuk Arrrow akan mengarahkan episod pertama siri TV ini.

John Diggle dilihat ada potensi menjadi watak Arrow seterusnya, tetapi bukan itu yang orang mahukan kerana orang ramai ingin lihat beliau beraksi sebagai Green Lantern. Harapnya dalam siri ini akan ada peluang itu. Sinopsis, tarikh siaran dan senarai pelakon/watak masih belum didedahkan lagi. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini