Tahun lepas ada kami laporkan mengenai Universal Pictures inginkan filem sampingan Fast & Furious memfokuskan watak-watak wanita. Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel, Charlize Theron, Helen Mirren, Brie Larson dan ramai lagi adalah antara pelakon wanita dalam filem Fast X mungkin salah seorang daripada mereka boleh mempunyai filem tersendiri.
Terkini sempena melakukan promosi filem Fast X, Brie Larson, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster inginkan filem sampingan ini dijayakan. Brewster turut menyatakan beliau ingin saksikan Charlize Theron, Natalie Emmanuel, Rodriguez dan Larson beraksi bersama-sama.
Tiada pengumuman rasmi lagi mengenai Fast Female atau Female Fast??? Tetapi filem Fast X yang sepatutnya ada satu lagi filem kini berubah menjadi trilogi terakhir dengan turut mengembalikan watak The Rock.