Sebelum ini jika anda ingin mengikuti perkembangan Apple TV+ anda boleh ikuti akaun Twitter @AppleTVPlus. Sementara akaun @AppleTV adalah untuk kandungan berbayar seperti beli/sewa video. Kini Apple telah menggabungkan ciapan untuk Apple TV+ dan Apple TV kepada @AppleTV.
Sementara akaun @AppleTVPlus kini dijenamakan semula sebagai @AppleFilms. Akaun ini dikatakan akan memfokuskan promosi kandungan asli Apple sahaja iaitu Apple Originals. Akaun ini turut dijangkakan hanya akan memfokuskan kepada filem sahaja.
Antara filem asli Apple TV+ yang dinantikan ramai adalah Killers of the Flower Moon dan Napoleon.