Ridley Scott iaitu pengarah filem Alien, Prometheus, Black Hawk Dawn dan banyak lagi telah hadir dengan filem untuk Apple TV+ iaitu Napoleon. Filem ini ditulis oleh David Scarpa dan dilakonkan oleh Joaquin Phoenix.
Joaquin Phoenix dalam filem ini akan menjadi maharaja Perancis dan ketua kepada pasukan tentera. Filem ini akan mengisahkan kehidupan beliau menjadi maharaja, kisah cinta bersama Josephine lakonan Vanessa Kirby serta mempertontonkan pertempuran beliau yang terkenal.
Filem ini akan ditayangkan ke pawagam di peringkat dunia pada 22 November nanti. Selepas memasuki pawagam filem ini akan terus disiarkan di Apple TV+. Adakah ini bermakna Napoleon akan menjadi filem Apple TV+ pertama ditayangkan di pawagam Malaysia? Sama-sama kita nantikan.