Killers of the Flower Moon adalah filem Martin Scorsese baharu yang akan tiba tahun ini. Filem ini adalah filem Apple TV+ pertama yang akan ditayangkan di pawagam. Ia mengisahkan pembunuhan bersiri ahli-ahli Osage Nation di Oklahoma pada tahun 1920-an yang dikenali dalam sejarah sebagai Reign of Terror.
Antara bintang dalam filem ini adalah Leonardo DiCaprio, Robert De Niro, Lily Gladstone, Jesse Plemons, Cara Jade Myers, JaNae Collins, Jillian Dion, dan Tantoo Cardinal.
Baru-baru ini durasi filem ni telah tersebar di web yang mana mencapai 3 jam 26 minit. Secara tidak langsung Killers of the Flower Moon adalah filem Hollywood moden terpanjang di pawagam. *Filem Scorsese di Netflix iaitu The Irishman adalah 3 jam 29 minit tetapi ia tidak masuk ke pawagam jadi tidak dikira.
Apple bekerjasama dengan Paramount untuk membawa filem ini ke pawagam. Dengan durasi yang panjang sebegini bermakna jumlah tayangan akan berkurangan menjadikan filem mungkin sukar untuk menerima sambutan hangat. Lagi-lagi sudah sah akan masuk ke Apple TV+.
Apa-apa pun jika filem serius lain seperti Titanic yang juga mempunyai durasi lebih 3 jam, atau Avengers: Endgame semuanya sehingga hari ini adalah filem dengan kutipan tertinggi dalam sejarah. Mana tahu Killers of the Flower Moon juga ada peluang? Sama-sama kita nantikan.
Sumber: Deadline