Inilah Treler Pertama Filem Seram Five Nights At Freddy

Tahun lepas Five Nights at Freddy iaitu permainan video seram yang cukup popular disahkan akan menerima adaptasi filem aksi nyata. Filem ini akan diarahkan oleh Emma Tammi dengan skrip oleh penulis permainan itu sendiri Scott Cawthon.

Filem yang melibatkan pelakon Josh Hutcherson dan Matthew Lillard ini akhirnya menerima treler pertama.

Berdasarkan treler filem ini nampak seram dan mengerikan. Ia dilihat mengisahkan seorang penjaga sekuriti di restoran Freddy Fazbear’s Pizza dan mendapati malam di tempat ini mengancam nyawa beliau.

Sinopsis filem juga mencadangkan yang ini adalah sebuah filem yang ringkas. Hutcherson jelas sekali adalah penjaga sekuriti baharu yang bekerja di restoran ini dan pada malam pertama beliau mendapati belia sukar untuk kekal hidup kerana ada ancaman.

Treler turut memperlihatkan animatronik beruang yang mengerikan dan kanak-kanak yang menjadi mangsa. Watak lakonan Lillard turut kelihatan yang mungkin orang yang tahu perkara sebenar di sebalik Freddy Fazbear’s Pizza.

Filem ini akan ditayangkan di pawagam dan turut disiarkan di Peacock pada 27 Oktober akan datang.

Sohor Kini