Five Nights At Freddy’s adalah permainan video seram, di mana pemain menjadi pengawal keselamatan dan perlu mengelak daripada robot binatang (animatronics) yang cuba untuk membunuh. Beberapa bulan lepas, permainan ini telah disahkan akan diadaptasi menjadi filem aksi nyata dan Emma Tammi adalah pengarahnya.

Masih tidak banyak butiran mengenai filem aksi nyata Five Nights At Freddy’s ini, seperti jalan cerita, tarikh tayangan dan senarai penuh pelakon didedahkan sehinggalah beberapa hari lepas – Deadline melaporkan Josh Hutcherson dan Matthew Lillard adalah dua pelakon yang telah dilantik.

Matthew Lillard terkenal sebagai Shaggy baik dalam bentuk aksi nyata atau juga suara dalam animasi. Beliau juga terlibat dengan filem seram, Scream baharu. Buat masa ini masih tiada butiran watak mana yang dipegang Lillard dalam filem ini nanti, tetai dikhabarkan beliau adalah William Afton atau Purple Man.

Siapa sahaja tidak mengenali Josh Hutcherson? Beliau adalah Peeta dalam Hunger Games. Seperti Lillard, tiada sebarang pengesahan rasmi watak beliau, tetapi dikatakan adalah Mike Schmidt. Filem ini akan ditulis oleh Scott Cawthon, Emma Tammi, dan Seth Cuddeback. Sementara Blumhouse dan Striker Entertainment akan menghasilkannya.

Sohor Kini