Filem Hellboy telah diolah sekali lagi untuk kali ketiga. Selepas dua filem pertama pada tahun 2004 dan 2008 oleh Guillermo del Toro dengan lakonan Ron Perlman, Hellboy diolah semula pada tahun 2019 mengikut skrip Andrew Cosby, pengarah Neil Marshall dengan lakonan David Harbour pula.

Olahan semula tahun 2019 menerima sambutan yang sangat mengecewakan menyebabkan filem diolah semula sekali lagi. Kali ini Mike Mignola iaitu penulis asal komik Dark Horse Comics iaitu pula menjadi penulis skrip. Filem baharu ini diadaptasi daripada komik kegemaran beliau Hellboy: The Crooked Man.

Beliau baru-baru ini mendedahkan yang penggambaran filem ini telah pun selesai. Hellboy: The Crooked Man menyertakan Jack Kessy iaitu Black Tom Cassidy dalam Deadpool 2 sebagai watak Hellboy dan diarahkan oleh diarahkan oleh Brian Taylor iaitu pengarah filem Ghost Rider: Spirit of Vengeance.

Mignola turut menyatakan yang beliau menulis skrip bersama-sama dengan Chris Golden dan menjanjikan filem ini akan mengikut jalan cerita daripada komik. Butiran lain mengenai filem ini maish belum didedahkan seperti siapakah pelakon lain dan bila ia akan ditayangkan. Sama-sama kita nantikan.

Sumber – IG Mike Mignola

Sohor Kini