Mike Mignola adalah penulis dan pelukis komik yang terkenal dengan siri Hellboy. Beliau terlibat dengan semua filem Hellboy iaitu versi Guillermo del Toro yang dilakonkan oleh Ron Perlman dan juga versi olahan semula yang ganas arahan Neil Marshall yang dilakonkan oleh David Harbour.
Sebelum ini ada kami laporkan yang filem Hellboy akan diolah semula. Filem kali ini akan berasaskan komik Hellboy: The Crooked Man yang mengisahkan Hellboy bekerjasama dengan seorang ejen muda untuk merungkai komuniti ahli sihir yang menyembunyikan diri.
Mignola berkongsi yang skrip filem olahan semula Hellboy ini akan ditulis bersama dengan Christopher Golden. Menurut beliau, draf pertama skrip ini adalah sebuah filem seram. Menurut beliau ini agak menarik kerana walaupun Hellboy sudah diarahkan oleh Guillermo del Toro dan Neil Marshall yang juga merupakan pengarah filem seram Hellboy belum ada adaptasi seram lagi.
Hellboy: The Crooked Man dikatakan akan diarahkan oleh Brian Taylor iaitu pengarah filem Ghost Rider: Spirit of Vengeance. Sementara watak Hellboy dikatakan akan dilakonkan oleh Jack Kessy iaitu Black Tom Cassidy dalam Deadpool 2.