Tahun lepas telah kami laporkan yang Jamie Lee Curtis inginkan filem sekuel Freaky Friday dihasilkan dan Lindsay Lohan turut menyatakan minat untuk kembali berlakon dalam filem ini.
Terbaru, filem sekuel Freaky Friday disahkan sedang dibangunkan. Dua pelakon ini dikatakan akan kembali sebagai ibu dan anak iaitu Anna dan Tess Coleman.
Bagi yang lupa atau tidak tahu kisah apa Freaky Friday. Ia adalah mengenai ibu dan anak yang bertukar badan dan meneruskan kehidupan masing-masing dengan anak melakukan tugas si ibu dan ibu menjadi nakal seperti si anak.
Ia adalah adaptasi daripada novel Mary Rodgers yang dikeluarkan pada tahun 1972. Filem Jamie Lee Curtis dan Lindsay Lohan ditayangkan pada tahun 2003 dengan kutipan mencapai $160 juta. Tetapi sebelum itu pada tahun 1995 dan 1976 sudah ada filem sama dengan lakonan Shelley Long/Gaby Hoffman dan Barbara Harris/Jodie Foster.
Butiran lain buat masa ini masih belum diketahui. Sama-sama kita nantikan dan terus ikuti Aksiz untuk perkembangan terkini.