Bulan lepas, telah kami laporkan yang Jamie Lee Curtis selaku pelakon Laurie Strode dalam francais filem Halloween berminat untuk berlakon dalam sekuel Freaky Friday. Freaky Friday adalah filem komedi mengenai ibu dan anak yang bertukar badan, di mana Curtis adalah Tess Coleman dan Lindsay Lohan adalah Anna Coleman.

Idea filem sekuel ini akan mengisahkan mengenai nenek yang bertukar badan pula. Idea turut telah diberikan kepada Disney, namun masih tiada maklum balas lagi. Terkini, Lindsay Lohan telah berkongsi dengan Jimmy Fallon di acara The Tonight Show yang beliau turut berminat untuk kembali berlakon sebagai Anna dalam sekuel Freaky Friday.

Namun, apabila bertanya mengenai filem sekuel Mean Girls – Lohan hanya menyatakan keputusan adalah oleh Tina Fey selaku penulis asal dan beliau mungkin akan bersetuju sahaja jika ditawarkan.

Sohor Kini