Lilith Games iaitu pembangun dan penerbit permainan mudah alih seperti Rise of Kingdoms, Dislyte dan juga AFK Arena menyambut ulang tahun ke-10 studio mereka pada 10 Mei 2023 dan bersempena dengan sambutan ini mereka telah berkongsi satu dokumentari – Players Without Borders.

Berbanding hadir dengan dokumentari memfokuskan kepada studio mereka sendiri, Lilith Games sebaliknya memfokuskan kepada pemain yang setiap bermain permainan mereka. Menariknya, pemain-pemain ini hadir dari pelbagai negara dan benua yang berbeza.

Dokumentari ini memperlihatkan pemain Frank yang berasal dari Cameron, pencipta kandungan seperti Volkin serta DaddyF2P dan bekas pemain besbol profesional Ryosuke Hirata.

Sohor Kini