Streamline Studios iaitu studio pembangunan permainan video tempatan telah mengumumkan yang untuk dua tahun yang lepas, mereka merupakan pembangun bersama Industries of Titan bersama dengan Brace Yourself Games.
Industries of Titan merupakan permainan simulasi pembinaan bandar yang sudah dikeluarkan untuk PC sejak awal tahun ini. Permainan ini juga sudah dikeluarkan secara akses awal pada tahun 2020 di Epic Games Store dan pada tahun 2021 di Steam.
Di dalam video perkongsian oleh Streamline Studios yang dikongsi melalui laman Facebook dan juga LinkedIn mereka, Streamline mengatakan mereka berbangga dapat mencapai kualiti yang diharapkan daripada mereka.
Streamline juga mengatakan yang walaupun mereka mempunyai 15 jam perbezaan masa di antara Kuala Lumpur dan Vancouver iaitu tempat Brace Yourself Games berada akan tetapi sentiasa teruja untuk berkomunikasi, bertukar idea walaupun pada awal pagi. Selain daripada itu, beberapa orang dari Brace Yourself Games juga datang ke studio Streamline untuk bekerjasama.
Brace Yourself Games mengatakan yang Streamline Studios adalah studio luar pertama mereka bekerjasama dan pengalaman kerjasama ini adalah ‘simple, straightforward‘ dan mengatakan yang Streamline tidak pernah terlepas tarikh akhir mereka.
Steamline mengatakan yang pada awalnya mereka terlibat di dalam optimization permainan tersebut yang menggunakan Unreal Engine, iaitu enjin permainan yang Streamline mempunyai pengalaman besar. Mereka juga kemudian turut terlibat di dalam penghasilan aset Voxel, 2D dan pelbagai VFX.