Anda mungkin tidak tahu yang sesetengah filem dan siri TV walaupun penggambaran sudah bermula kadangkala skrip masih sedang ditulis. Ini bermakna, mana-mana set penggambaran penulis skrip wajib hadir.

Kini dengan Persatuan Penulis Amerika mengumumkan mogok yang melibatkan lebih 12 ribu ahli banyak produksi filem dan siri TV dihentikan. Antaranya adalah filem Blade hanya akan memulakan penggambaran selepas skrip siap ditulis. Siri TV seperti The Lord of the Rings: The Rings of Power pula akan meneruskan penggambaran kerana pasukan penulis sudah bersedia dan meramalkan mogok ini akan berlaku.

Satu siri TV kegemaran ramai yang memecah rekod tontonan Netflix iaitu Stranger Things yang sepatutnya memulakan penggambaran tahun ini kini ditunda. Menurut penulis iaitu The Duffer Brothers, skrip tidak berhenti ditulis apabila penggambaran bermula. Jadi mustahil untuk mereka meneruskan produksi dengan penulis yang tidak boleh bekerja dan mengharapkan isu ini akan selesai segera.

Sohor Kini