Ketika acara Unbox & Discover yang berlangsung pada bulan lepas, Samsung telah mengumumkan puluhan siri baharu untuk penawaran TV mereka yang boleh dibahagikan kepada tiga model iaitu Neo QLED 8K, Neo QLED dan QLED.

Bersama dengan pengumuman tersebut, mereka juga telah mengumumkan promosi menarik untuk setiap pra-tempahan, iaitu setiap pra-tempahan akan mendapat naik taraf percuma untuk siri TV yang lebih mahal.

Contohnya, jika anda melakukan pra-tempahan untuk TV Neo QLED 8K siri QA75QN700CKXXM dengan harga RM18,199, anda sebaliknya akan dinaik taraf ke QA75QN800CKXXM yang berharga RM22,699 selepas tempoh promosi ini, dengan kata lain penjimatan sebanyak RM4,500.

Tawaran ini juga ditawarkan untuk model yang lebih murah iaitu QLED, contohnya yang berharga RM4,299, anda akan mendapat TV yang berharga RM4,99 dengan penjimatan sebanyak RM700.

Setiap pra-tempahan juga menyertakan promosi pembelian-dengan-pembelian (PWP) iaitu setiap pembelian TV, anda juga boleh mendapat 35% potongan harga bagi soundbar Q-series.

Jika ingin melihat penawaran penuh untuk promosi pra-tempahan ini anda boleh layari laman Samsung Malaysia Online Store sebelum tawaran berakhir iaitu pada 24 Mei 2023.

Sohor Kini